Satu usul tambahan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan UMNO akan datang telah dikemukakan.<br /><br />Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil yang mengesahkan perkara itu berkata, usul berkenaan dicadangkan perwakilan dari Negeri Sembilan.<br /><br />Bagaimanapun, beliau menegaskan setakat ini parti tidak meminda sebarang perlembagaan untuk menghalang dua jawatan tertinggi itu agar tidak dipertandingkan.
